Translate

FACEBOOK Saham Dosa Selepas MATI


Pernahkan kita terfikir apa akan jadi dengan akaun facebook kesayangan kita selepas kita mati nanti? Adakah akaun kita itu akan secara sendirinya di di tutup? Jawapannya, TIDAK. Ini kerana orang yang tahu kata laluan akaun facebook itu sahaja yang akan dapat menutupnya. Akaun itu akan berterusan dapat dilawati oleh pengguna facebook lain.

DAN... Sekiranya kita ada meletakkan gambar-gambar yang tidak menutup aurat atau tidak senonoh di dalam akaun facebook kita, apakah akan terjadi pada gambar tersebut jika ia sering dilawati oleh pengguna facebook lain? Bukankan ianya akan menyumbang kepada saham dosa kita walaupun kita sudah lama dimamah tanah? Astaghfirullah hal azim..